6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Vaksin Covid-19 Di Malaysia

6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Vaksin Covid-19 Di Malaysia

Bekalan pertama dan kedua vaksin Covid-19 telah tiba ke negara kita hujung bulan Februari yang lepas. Ini menjadikan permulaan kepada program vaksinasi terbesar di Malaysia menerusi Program Imunisasi Covid-19 yang dilaksanakan sehingga Februari 2022.

Sasaran suntikan vaksin ini melibatkan 26.5 juta rakyat Malaysia atau 80 peratus populasi negara untuk membentuk herd immunity. Berikut adalah 5 perkara yang anda perlu tahu tentang vaksin Covid-19 di Malaysia setakat ini:

 

1) Program Imunisasi Covid-19 Mempunyai Tiga Fasa

  • Fasa Pertama Februari sehingga April 2021: 500,000 petugas barisan hadapan akan menerima vaksin COVID-19 dari syarikat Pfizer dan BioNTech.
  • Fasa Kedua April sehingga Ogos 2021: 4 juta warga emas dan golongan rentan berusia 60 tahun ke atas, yang mengalami masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi serta golongan orang kelainan upaya (OKU)
  • Fasa Ketiga Mei 2021 sehingga Februari 2022: Golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas.

 

2) Anda Boleh Mendaftar Program Vaksinasi Melalui Aplikasi MySejahtera. Cara- Caranya Adalah Seperti Berikut:

- Pastikan aplikasi MySejahtera ada telah dikemaskini

- Klik ‘Tutup’ untuk ke Menu utama

- Klik ‘Vaksinasi Covid-19’ untuk pendaftaran baharu

- Klik pada maklumat anda (Bulatan Merah) untuk langkah seterusnya

- Pastikan butiran peribadi anda betul dan klik ‘Sahkan’. Jika terdapat kesilapan, klik ‘Edit’ untuk kemaskini

- Klik ‘OK’ untuk Langkah berikutnya

- Klik ‘Seterusnya’ untuk mengetahui adakah anda tergolong dalam Fasa 1

- Klik ‘Di SINI’ untuk penambahan maklumat bagi pendaftaran

- Jawab setiap soalan yang telah diberikan kemudian klik ‘Hantar’

- Klik ‘OK. Pendaftaran anda kini telah dikemaskini

 

3) Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Bagi mendapat update terkini daripada YB Kairy Jamaluddin sendiri, anda boleh melayari akaun Twitter beliau https://twitter.com/Khairykj

 

4) Vaksin adalah Percuma Buat Seluruh Rakyat Malaysia

Vaksin COVID-19 akan diberikan secara percuma kepada 26.5 juta rakyat Malaysia atau 80 peratus populasi negara manakala warga asing akan dikenakan caj yang akan ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menurut Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

5) Kriteria Individu Yang Tidak Sesuai Menerima Vaksin Ialah:

  • Mempunyai sejarah alahan/alergi serius (anafilaksis) terhadap ubat/makanan/vaksin yang memerlukan rawatan di hospital
  • Mempunyai sistem imun (pertahanan badan) yang lemah akibat penyakit atau rawatan perubatan
  • Ibu mengandung
  • Mempunyai simptom Covid-19 di mana sekiranya anda sedang menghidapi jangkitan baru, anda perlu menunggu sehingga sembuh

 

6) Lebih 600 pusat simpanan yang juga pusat pemberian vaksin akan dibuka di seluruh negara melibatkan fasiliti kesihatan awam, swasta, stadium, pusat konvensyen, dewan orang ramai serta universiti.

 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, Berita Awani, Berita Harian.

Back to blog