Soalan Sering Ditanya
Cawangan apa dibawah MyLustre?
-
MyRecik adalah satu jenama dibawah MyLustre Sdn Bhd. MyRecik mengeluarkan produk mi segera yang di formulasikan khas hanya untuk anda yang nak rasa mi segera versi lebih sihat dan mudah untuk dihidangkan. Ianya juga sangat sesuai untuk seisi keluarga dan untuk orang yang berdiet.
Mi MyRecik ada berapa perisa?
-
Mi MyRecik ada 2 perisa iaitu Mee Kari Recik dan Mee Kungfu Recik.
Adakah produk MyRecik selamat dimakan?
-
Ya. Produk kami selamat untuk dimakan kerana kami menggunakan bahan semulajadi. Mi segera kami tanpa lilin, tanpa perasa MSG, tepung tanpa agen pemutih (bleach). Kami juga menggunakan bahan yang premium berkualiti tinggi seperti ekstrak cendawan sebagau penyedap rasa.
Penghantaran
- MyRecik menyediakan perkhidmatan penghantaran untuk setiap pembelian yang dibuat di seluruh semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak.
- Pesanan anda akan dihantar menggunakan perkhidmatan syarikat kurier yang dilantaik oleh MyRecik.
- Sebarang pertukaran pada alamat penghantaran adalah tidak dibenarkan selepas bayaran dilakukan.
- Penghantaran akan dibuat dari hari Isnin hingga Jumaat pada waktu pejabat, tidak termasuk cuti umum.
- Di MyRecik masa penghantaran akan ditentukan berdasarkan ketersediaan slot penghantaran setiap hari. MyRecik tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kelewatan dalam perkhidmatan penghantaran, sekiranya kelewatan telah berlaku disebabkan oleh sebab-sebab diluar kawalan MyRecik.
- Pesanan yang diterima pada hari Sabtu, Ahad dan hari cuti umum akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
Apakah kaedah penghantaran yang ada?
Pesanan tempatan
- Penghantaran ke alamat anda.
- Pelanggan "walk-in" / "self-pickup"
Adakah anda mempunyai penghantaran antarabangsa?
- Tidak, MyRecik tidak membuat penghantaran antarabangsa.
Berapa lama masa penghantaran diambil?
- Semua pesanan web hanya akan diproses pada waktu pejabat, dari Isnin - Jumaat (10 pagi - 4 petang). Jika pesanan dibuat selepas jam 4 petang pada hari bekerja, pesanan anda akan diproses pada hari berikutnya.
- 3 - 4 hari bekerja untuk pesanan di dalam negeri semenanjung Malaysia.
- 3 - 5 hari bekerja untuk pesanan Sabah & Sarawak.
Bagaimana saya tahu pesanan saya disahkan?
- Anda akan menerima nombor pesanan web dan notifikasi melalui emel dan SMS selepas pembelian dan pembayaran berjaya.
Pembatalan
Bagaimana saya ingin membatalkan pesanan web saya?
- E-mel kepada service@myrecik.com atau whatsapp 017-512 3401ย dan sertakan nombor pesanan (untuk pesanan web) nama, nombor telefon dan item yang dipesan.
Pemulangan
- Jika pesanan telah dihantar kepada pelanggan dan pelanggan ingin membatalkan pesanan, pelanggan mempunyai masa 24 jam untuk menghubungi kami untuk memaklumkan niat untuk membatalkan pesanan dan perlu membayar kos penghantaran ke pihak kurier.ย Pelanggan perlu menghantar semula item yang dipesan dalam keadaan baik dan kami akan membuat bayaran balik dalam tempoh 14 hari.ย
ย
Apakah kaedah pembayaran yang boleh saya gunakan?
- Kami menerima pembayaran melalui MasterCard, Visa dan Grabpay.
- Jika anda mempunyai sebarang kesulitan, anda bolehย Whatsappย kami di 017-512 3401 atau emel ke service@myrecik.com
ย
Cara untuk membuat akaun
- Untuk membuat akaun, klik diri.
Saya terlupa kata laluan saya. Apa patut saya lakukan?
- Klik pada Forgot pada halaman log masuk.
- Masukkan e-eml berdaftar anda.
- Tetapkan semula kata laluan.
- Anda boleh Whatsapp kami di 017-512 3401 atau emel kami servie@myrecik.com
ย
- Setelah pesanan disahkan, anda akan menerima e-mel pengesahan pesanan atau pemberitahuan yang mengandungi nombor penjejakan. Gunakan nombor penjejakan untuk menjejaki item anda melalui aplikasi. Anda boleh menemuinya dibahagian "pesanan jejak."
Selain itu, berikut ialah pautan penjejakan untuk kurier:
Dengan menggunakan link ini, anda boleh mendapat maklumat tentang perjalanan pakej anda.
- Jika pesanan anda belum sampai dalam jangka masa penghantaran yang dianggarkan, semak maklumat penjejakan untuk kemas kini dahulu. Jika berlaku kelewatan, selalunya disebabkan oleh pihak logistik atau faktor luaran. Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan marketplaceย untuk mendapatkan bantuan dan bertanya tentang status pesanan anda. Biasanya pesanan mengambil masa 2-3 hari bekerja. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku cuti umum, tempoh masa penghantaran mungkin dilanjutkan.
- Jika anda menerima barang yang salah, ambil gambar barang dan pembungkusan dan segera hubungu kami melalui Shopee/Tiktok chat. Kami akan membantu anda dalam proses pemulangan atau pertukaran. Penting untuk melaporkan isu ini dengan cepat untuk memastikan penyelesaian yang lancar.
- Untuk meminta bayaran balik, log masuk ke akaun Marketplace anda, pergi ke historyย pesanan anda dan cari pesanan khusus yang anda inginkan bayaran balik. Mulakan permintaan bayaran balik dengan memberikan sebab untuk bayaran balik. Ikut arahan yang diberikan untuk menyelesaikan proses.
- Jika permintaan bayaran balik anda ditolak, sila semak alasan yang diberikan di marketplace. Jika anda rasa penolakan tersebut tidak adil, anda boleh menghubungi khimat pelanggan di Shopee/Tiktok untuk bantuan. Pastikan anda menyediakan bukti yang diperlukan seperti gambar atau salinan perbualan dengan penjual untuk menyokong rayuan anda.
- Untuk menghubungi khidmat pelanggan Marketplaces, sila ke bahagian 'Help Center' atau "Chat with Shopee" di live chat, e-mel atau menggunakan talian hotline perkhimatan pelanggan.
- Sila rujuk dibawah cara menghubungi khidmat Marketplace:
TIKTOK Shop:
** Untuk menghubungi perkhidmatan pelanggan di TikTok:
1.ย Log masuk akaun profil anda
2.ย Klik "โก" di penjuru kanan atas.
3. Pilih tetapan dan privasi.
4.ย Pilihย pesanan.
5. Klik lihat semua.
6. Pilih ID pesanan.
7. Klik hubungi TikTok.
8. Hantar tiket sokongan.
ย
SHOPEE:
** Untuk menghubungi perkhidmatan pelanggan di TikTok:
1. Klik "To Receive" di bawah "My Purchase"
2.ย Cari pesanan anda
3.ย Klik pada ikon sokongan di bahagian atas sebelah kanan.
- Jika adan masih menghadapi masalah walaupun sudah mencuba semua arahan yang diberikan, jangan risau anda mempunyai beberapa pilihan untuk menghubungi MyRecik bagi bantuan lanjut.
Sosial Media:ย Anda boleh menghubungi kami melalui platform media sosial rasmi kami seperti Facebook atau Instagram.ย
Bantuan Laman Web:ย Anda boleh mendapatkan bantuan melalui laman web kami. Pergi ke bahagaian "Hubungi Kami" di laman web kami. Isi borang dengan maklumat anda dan huraikan masalah yang anda hadapi. Kami akan menjawab pertanyaan anda secepat mungkin.
WhatsApp:ย Anda juga boleh menghubungi kami melalui WhatsApp di 017-5123401 pada waktu bekerja dari Isnin hingga Jumaat dari (10 pagi - 5 petang)
*Ingat bahawa dasar dan prosedur tertentu boleh berbeza antara pasaran yang berbeza, jadi sentiasa rujuk kepada garis panduan rasmi yang disediakan oleh platform masing-masing.